Tarikh
31 Ogos 1957 tercatat satu sejarah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur
apabila Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah
keramat, MERDEKA! sebanyak tiga kali sambil disaksikan puluhan ribu
rakyat jelata bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara. Pada hari itu
juga, bendera Malaysia megah berkibar buat julung kali menggantikan
bendera Union Jack sebagai satu simbolik bebas daripada penjajahan
British.
Bagaimanapun,
tidak ramai yang mengetahui latar belakang pencipta bendera kebangsaan
yang kini dikenali Jalur Gemilang. Bendera Malaysia sentiasa gah
berkibar di seluruh negara tetapi sayangnya, tidak ramai yang mengetahui
dan ingin mengenali siapakan pencipta Bendera Malaysia.
Pencipta
Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed Hamzah. Beliau adalah anak
kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang
sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia
bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan
pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham
tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya
dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun
bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai
pertandingan tersebut. Allahyarhammenamatkan sekolah di English Collage
(kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19
Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah
keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun
beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang
jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.