Pada mulanya, Sekolah Kebangsaan Penjom dikenali dengan nama Malay School Penjom.Malay School Penjom mula didiri dan dirasmikan pada tanggal 4 April 1930. Ianya terletak di Simpang Panggung atau Sungai Jalih yang terkenal dengan Lombong Emas terbesar di Asia Tenggara. Pada ketika itu, Malay School Penjom hanyalah sekolah yang berdindingkan buluh dan beratapkan nipah yang telah dibina atas kerjasama penduduk Penjom dan hanya terdapat satu bilik darjah dengan 58 hingga 68 orang murid melayu.
Guru atau pengelola SK Penjom pada ketika itu hanyalah seorang iaitu Allahyarham Encik Hassan Bin Mohd Said yang berasal dari Kampung Chat, Benta. Beliau merupakan Guru Besar Pertama SK Penjom. Menurut coretan murid tua pada ketika itu, Encik Zakaria Bin Abu Bakar, antara matapelajaran yang diajar ketika itu adalah Ilmu Alam, Tawarikh, membaca, menulis dan juga mengira. Mereka menulis menggunakan papan batu dan air sebagai pemadam.

Pada tahun 1932, bangunan Malay School Penjom telah musnah kerana berlakunya ribut. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut telah dipindahkan ke tapak lain dan diberi nafas baru dengan nama Sekolah Kebangsaan Penjom dan ianya kekal sehingga kini. Pada tahun 1978, atas usahasama penduduk Kampung Penjom, sebuah kantin telah dibina untuk kemudahan warga Sekolah Kebangsaan Penjom.
Blok baru telah dibina pada tahun 1980 kerana pertambahan bilangan gurunya. Bilangan murid juga bertambah sehingga mencecah 220 orang. pada awal 90-an, bangunan blok C yang menempatkan sebuah dewan, makmal sains, bilik kemahiran hidup dan dua buah kelas telah didirikan. Seterusnya, pada November 2002, SK Penjom telah mendapat 2 blok bangunan baru yang lengkap dengan pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik rawatan, bilik muzik, bilik kemahiran hidup, makmal sains,pusat sumber, bilik kaunseling, surau dan 6 tambahan bilik darjah.
Sebagai memantapkan jati diri anak-anak didik keluaran Sekolah Kebangsaan Penjom ini, kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum diseimbangkan. Antara pasukan sekolah yang ditubuhkan dan mewakili sekolah adalah pasukan nasyid, choral speaking, actions songs, pasukan olehraga, dan bola baling.
Tahun demi tahun, SK Penjom mengorak langkah. Kini SK Penjom mempunyai seramai 31 orang guru dan 6 pekerja sokongan yang sedia berkhidmat di SK Penjom. Bilangan murid juga bertambah sehingga 365 orang murid. SK Penjom juga sedang menanti siapnya dewan baru yang dapat menampung bilangan murid yang ada. Segala yang berlaku adalah pemangkin kepada hasrat sekolah untuk terus cemerlang pada Tahun 2010 sehingga masa akan datang.
GAMBAR SK PENJOM

SEKOLAH YANG SENTIASA INDAH DAN CERIA.... |
DEWAN TERBUKA BARU SK PENJOM |
SEKOLAHKU CERIA SELALU... |
SEKOLAHKU SYURGAKU |